- Jom Klik Sini-

Tuesday, March 22, 2011

Pesta Belon 2011

berlangsung dari 17 -20 Mac 2011
di Putrajaya



















Ade banyak view yg ade,ni yg sempat aku photo shot pun. Jadi le wat penuhkan blog ni.
Nak tengok belon panas yg berbagai jenis kena la datang awal pagi,
mungkin petangnye selalu sangat hujan kot. Pada malam nya pula ade percikkan bunga api,
banyak das dia orang lepaskan.


Wednesday, March 16, 2011

Pendingin Kereta - Aircond


sharing is caring..
dapat article ni dr SINI
Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Ini sebabnya:

Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).

Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.

Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.

Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.

Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.


Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
 
Fikirkan:

Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain. 
 

Monday, March 14, 2011

Sizzling Yee Mee






bahan-bahan lain..

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee (aku guna 2)
5 ulas bawang putih (aku guna 4 jer)
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis


Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

sumber resepi : http://kasihaleeya.blogspot.com (mintak halal yer)

Wednesday, March 2, 2011

Menara Alor Star

Menara yang tertinggi di negeri Kedah iaitu Menara Alor Setar

Ni pemandangan dari Menara Alor Setar, nampak semua sekitar bandar Alor Setar.
Di dalam gambar ni salah satu pemandangan dari menara,
kite bleh nampak dgn jelas Masjid Zahir (masjid tertua di malaysia)

Ni pula struktur senibina Menara Alor Setar. Menara ni no 19 tertinggi di dunia

Istana Kuning yg terletak di jalan istana kuning

Tuesday, March 1, 2011

Muzium Padi, Alor Star


















Di muzium ni terdapat banyak replika2 zaman2 lampau dan moden. Kita dapat melihat keadaan sebenar permandangan luar hanya duduk dan lihat jer dari dalam. Pemandangannye same jer yg kat luar 2. Tapi kalau nak masuk kena bayar dulu,kalu yang bawa kemera pun kena bayar tiket jg untuk kemera 2. Memang puas kite dapat melihat asal-usul barang2 yang hendak menanam padi sehingga la sampai menjadi beras. Muzium Padi ni di rasmi oleh Sultan Negeri Kedah pada 12 Okt 2004. Replika yg ada kat luar plak seperti kuda,singa,kerbau,burung dan lain2.Pendek kata mmg best la kalau kite pergi tempat ni. Sambil2 dapat bergambar boleh jg kita tahu sejarah asal mcm mn proses jadinya padi......

Jom naik feri